Friday, September 12, 2014

Everlasting you - short sempoi story ep1 lol

" aku bertekad tahun depan aku nak jadi best student spm 2012!" Bisik Farah dalam hati.
FARAH ALIYAH HUSIN PELAJAR TERBAIK SPM2012-, ya itu impian Farah.

"Eh kau tahu tak, harini budak form 4 baru daftar? Ramai cakap budak baru biasanya kacak-kacak tau!" ujar Siti

"Kisah pulak aku...lantaklah..hensem ke x.. Xheran satu sen" sampuk Farah.

Di kantin kelihatan budak baru masuk form 4 sedang membeli makanan, sambil bawa fail dan beg masing2.. ramai juga muka baru. Tiap tahun memang sekolah alam mayangsari akan terima pelajar tingkatan 4 baru, seperti tahun-tahun lain. Tidak ada apa2 yang istimewa tahun ni.Tidak bagi Farah.


Farah ialah seorang pelajar yang sangat dedikasi dalam pelajaran, bagi dia bila dia berjaya dalam akademik dia akan lebih mudah disayangi oleh ramai.Mak,bapak, saudara-mara, cikgu dan kawan-kawan..Hal cinta memang ditolak tepi.Bagi Farah sekolah bukan tempat sesuai untuk berpasang-pasangan apetah lagi kita disekolah ugama.Farah ialah seorang yang objektif, cita-citanya tinggi.Kebiasaan masa Farah selalu bersendiri sebab bila bersama kawan2 dia selalu terasa asing sebab biasa topik-topik yang dibincangkan sama ada drama mana yang keluar sekarang, novel cinta apa yang best dan lelaki mana yang hensem kat sekolah.Kadang2 Farah cuba juga nak 'fit in' dan cuba masuk dengan topik mereka, tapi selalunya fikiran Farah tertumpu pada pelajaran dan keluarganya.

(Ok rase skema sangat tulis camni.boleh x nak guna bahasa sempoi je hahahah)


"Tu tu.. Cube kau tgk tu weyh.. Ade budak baru hensem.pukul 11. Kat tempat beli air.cepatlah tgk!!"

'Mana?'

"Kat tiang tuuuu"

Lelaki tiggi lebih kurang 6kaki, berkaca mata. hari itu hari Jumaat jadi, semua serba berbaju melayu dan bersongkok.Sedang sedap hirup air bandung kegemarannya.

Farah terpandang lelaki yang dikatakan hensem sgt tu.dalam hati berkata huh, xdela hensem sgt..biasa je.abg senior yang aku pernah tgk dlu lagi kacak, alim pula tuh..sesuai buat calon suami..ehh...sudahlah...blajar dlu...aku kan nak jadi doktor, ak xde masa untuk semua ni."


'Farah farahhh.. Kau tahu x, lelaki hensem yang aku cakap haritu? Ak dah tahu nama dia!'

Apa nama dia * farah buat2  mcm interested*

'nama dia Amir asyraf! Kacak bak ang weyh, budak akaun.'

Oo yeke.. Ala hensem2 mcam tu playboy,ko bukan tau... Mesti dah ada girrlfriend..

'Haahla..ak dengar juga dia dah ada...gf dia jiran dia.diorg selalu balik sama sebab jiran kan.seblom balik selalu dia akan cari gf dia tu nak ajak balik...abis satu sekolah dia pusing cari tau... Setia betul'

Haah setia sgt kan..untunglah kan siapa nak dapat tu kan *nada perli*

--------------------------------------


"Harini aku ada latihan ping ponglah..kau balik dulu k.xyah tunggu aku...ak nak stay study jap..ptg ni ak datang balik..lagipun rumah aku dekat je."

'Ok Farah. Xpe kau boleh duduk ngn Hanis, dia pun balik lewat sebab Amir ade latihan bola petang ni so dia pun kena stay.'

Hanis, jiran amir yang dikatakan siti.Manis orangnya, kecik2 comel2, manis senyumannya.disebabkan Hanis ni peramah jadi senang sangat dia bergaul dengan semua.dan sebab Farah ni pun jenis yang cuba jadi kelakar, kira masuklah diorang dua ni..

"Awak dulu sekolah mana hanis?"

' kita sekolah al-amin dulu'

"Oo yeke...sekolah al-amin..kita dulu sekolah al-bismilllah"

' kih2 ada2 jela awak ni...hahahah'

"Heheh gurau je :)"

Sejak tu, Farah dan Hanis selalu spend time sama... Disebabkan Hanis kena stay tggu mak pickup atau mak Amir pickup jadinya Farah ni selalu lah teman Hanis.Kadang-kadang ramai2 stay..Kadang2 hanya mereka berdua dan Amir yang sedang menunggu pun akan duduk disudut lain yang still boleh nampak dari tempat mereka menuggu.

Satu hari time farah teman hanis tunggu  mak pickup,
farah yang curious ni jeling2 kat Amir yang dikatakan hensem tu.ok harini dia xpakai cermin
mata...hmm hensem juga eh,tapi mcam jambu je...eh ko gila? Hanis ni gf dia kot.dahla comel.ko xboleh lawan ok.

Tiba2 mata mereka bertemu.' Eh dia pandang aku ke?...ahh xpayah perasan sangatlah ntah2 dia tgk hanis kat sebalah kau..tapi seriouslah ak rase dia pandang aku!dah dah.. Xpyah nak berangan'


To be continue..bila tah...lol





No comments: