Sunday, September 14, 2014
Everlasting you ep3
"Mak...mak buat ape tu...hehe...mark kertas ye"
'Hah farah! Meh tolong mak catit markah ni...batch awak punya la ni'
"Eh mak ajar kelas mana? Bkn mak ajar kimia ke?"
'Iyelah kelas lain mak ajar kimia..kelas akaun mak ajar addmath.. Cikgu Lina sorang je ajar budak SPM dengan form4 jadi mak ambil la satu kelas. Xcukup cikgulah'
"Oooo...yeke..mak ajar situ ke..eh mak kenal tak budak laki ensem2 kat situ hehe..mana tau mak nak buat menantu?"
'Hmm xde maknanya hensem.Awak ni, kesitu pulak..mak kenal sorang je yang paling tinggi markah tu mak kenal la..Fauzan..ok..tolong mak ye kira dan catit markah kat buku log'
Sambil jumlahkan markah...
Nama:Amir Asyraf Rahman....
Hmm..meh aku tgk sikit budak ni..
*calculating*
49%
Ha? Seriousla ni..susah ke paper addmath ni..hmm
---------------------
"Hah Farah dah abis kira? Berapa ramai orang A..ada x yang fail?"
'Hmm ade 5 orang dapat A... Yang lain lulus...failed ada 4 orang...'
" meh sini mak periksa...oowh yang 49 ni boleh la mak cari tmbah markah satu ni..sikit lagi je"
' eh boleh ke camtu mak..mana aci..farah dapat 89 pun cikgu xnak tmbah satu bagi 90 tau :('
" awak tu lain, tu dah kira bagusla tu.. Ni kenalah tolong diorang bagi semangat sikit nak cuba lagi lain kali..ok..thank ypu ye tolong mak..baik anak mak pandai ni "
' ok mak.. :) '
----------------
Kantin Pak Wan
" sue...kau nak pesan air apa? Ak nak gi beli ni..copkan kitaorg tempat biasa tau.."
' ok farah..thanks..belikan aku air sama ngn kau jelah'
Sambil berjalan..
"farah, kau tau kan hujung bulan ni ada match bola sepak peringkat daerah kat sekolah kita? Kau nak pergi sokong tak nanti?"
'Hmm tgkla dulu...ak nak study lah..'
" hah kau nak study apa kan baru abis exam aritu?"
' yelah study la siap2 untuk exam akhir tahun nanti..aku kam ambil extra subjek untuk spm ak takut tak sempatlah..sorry la ye..kau ajak la sue ke..siapa ke'
" ala rugi kau tak pergi nnti Amir asyraf pun main skali..striker pulak tu...mesti ensem peluh2 heheh"
' hoi..kau ni...jaga sikit pandangan mata tu...ish2..astagfirullahalazim... Nak sokong ke nak cuci mata ni?'
" hehe..sambil selam minum air.. Aaa bagi aku memamg perfect dah dia tu...handsome..kaki sukan..baik... "
' ala kau..buat apa muka handsome addmath pun fail!!! '
"Ssshhhh wey...tu..tu"
Terpaku.amir asyraf di depan...
(dia dengar ke aku cakap tadi? Alamak..kenapa celupar sgt mulut aku ni...ish...tapi muka xde perasaan pun...siap senyum lagi..eleh.biarlah.memang betul pun...)
" weyh kau ni..cakap xboleh nak kuat sikit ke..xbaik tau kau cakap camtu"
' kau rase dia dengar ke?'
" suara kau kuat camtu kau agak?"
' alamak...aku rasa bersalah pulak...hmm macam mana ni... Dia xdengar kot...'
"Ayoo ak xtahu....ayooo...baik kau gi minta maaf dengan dia"
' hah? Buat apa..aku xsalah ok..aku menyatakam kebenaran'
" hmm suka ati kaulah....ikut kau ok? Hah..air apa kau nk tadi..order skali.. Aku nak sirap bandung"
( hmm..sirap bandung...dia selalu beli air sirap bandung..hmm)
" hai cepatlah..termenung pulak..sempat lagi tu..."
' ok bang air bandung satu air teh o ais limau dua'
Saturday, September 13, 2014
Everlasting you ep2
"Hm,Siapa pulak hantar msg ni..rase mcm xramai yang tahu no aku.."
Open message
'Hye, awak farah anak cikgu Nora kan?yang main ping pong tu kan?'
"Ye ni saya..siapa ye? Ada hal penting ke nak cakap? Mana dapat no ni?"
Message sent
'Ohh takda yang penting saja je nak kacau awak..maklumlah orang famous, anak cikgu, pandai belajar pastu main sukan lagi..fuhh'
"Okay...ni siapa? Tolang jangan main2..xde mase lah"
'Ni siapa? Ni lelaki paling hensem didunia hahaha..sorry ganggu awak k bye :p'
---------------------------
Huh? Siapa la yang perasan gila ni? Angkat bakul sendiri..hahaha...confirm tak hensem lansung..perasan! * delete msg and number *
---------------------------
"Okay pelajar semua boleh mula jawab exam sekarang"
exam akhir tahun form 4 addmath. Exam dalam ranking susah selain subjek2 sains.
Selesai exam
' Farah, camne ko jawan exam tadi? Ok ke? Ko mesti ok punya...ko kan budak teror'
"Weh entahla...soalan 2 last tu 3 kali aku kira, kertas aku comot dah tadi...camna tah cikgu nak cari jawapan ak..xpela..aku redha la ape2 pun"
'Eleh ko, susah-susah kau pun A jugak...nyampah! Xnak aa kawan ko!'
"Ko seriouslah xnak kawan ngn aku siti..patutnya lagilah ko nak kawan cmtu baru ko boleh sedut sikit ilmu dari otak aku ni hahahhah "
' bluekk..nyampah...blagak la tuuu'
"Well bapak aku cakap, kalau aku dapat A dia nak bagi hadiah kot,...ca ching!!"
' eee materialistik betul ko ni farah...mmg pulun la nnti bakal suami ko kan abis ko songlap semua harta dia'
"Eh ko tiba2 je bangkitkan isu suami pulak...muda lagi la kita ni, laammbaat lagi nak kawen tau"
' eh farah kalau ko nak kawen kan...agak2 suami cmne ko nak?'
" emmm,...kalau boleh nak yang caring lepas tu faham aku..sayang aku...haa yang paling penting dia kena lah banyak duit baru la ca ching ca ching aku dapat beli semua benda aku nak hahahah!!"
' Memang xlah ko nak dapat tamak harta je..haha..alahai kalau dapat anak orang kaya macam Amir Asyraf tu.. Untung wo'
" anak orang kaya? Weh yang kaya ayah dia..baik ko kawen ngn ayah dia je..hahahah!!"
' ayah dia pun boleh tahan kot...gaya2 macho cmtu..hihihihi'
"Eh dah2 berangan pulak dia...ni ha satu,,aku ni xheran la kalau orang kaya sebab ayah dia..bagi aku biarlah dari hasil usaha sendiri kalau nak senang..baru la belajar hidup susah..ngerti kamu itu!"
' eleh nak bersinetron indon plak ngan aku..iyelah2.. Hehehe tapi amir asyraf tu memang kacak ko..untung la Hanis dapat dia..ak dengar lepas je habis SPM diorang janji nak tunang ko tau?'
Ha? Apa? Tunang..seriousla dia dah fikir jauh sampai kesitu...hmm..mgkin betul la orang kata, they both are so in love.ah tapi lantakla..aku ada cita-cita..aku dah ada plan..xpayah nak serabut fikir hal orang lah...eh wait..why i care...aaa
'Hoi berangan ke! Mengelamun jee'
"Xdela ni ha siti...xde xde...aku sbrnya...aku lapar weyh...jom makan ! Roti canai telur kantin pak wan the best... ! Jomla cepat nanti ramai beratur!"
'Okay.. Iyela jom..ko kalau bab makan cepat je kan...tudung sneget pun xperasan'
" ala xpela..ak lapa ni nanti jela aku betulkan"....
'
Friday, September 12, 2014
Everlasting you - short sempoi story ep1 lol
FARAH ALIYAH HUSIN PELAJAR TERBAIK SPM2012-, ya itu impian Farah.
"Eh kau tahu tak, harini budak form 4 baru daftar? Ramai cakap budak baru biasanya kacak-kacak tau!" ujar Siti
"Kisah pulak aku...lantaklah..hensem ke x.. Xheran satu sen" sampuk Farah.
Di kantin kelihatan budak baru masuk form 4 sedang membeli makanan, sambil bawa fail dan beg masing2.. ramai juga muka baru. Tiap tahun memang sekolah alam mayangsari akan terima pelajar tingkatan 4 baru, seperti tahun-tahun lain. Tidak ada apa2 yang istimewa tahun ni.Tidak bagi Farah.
Farah ialah seorang pelajar yang sangat dedikasi dalam pelajaran, bagi dia bila dia berjaya dalam akademik dia akan lebih mudah disayangi oleh ramai.Mak,bapak, saudara-mara, cikgu dan kawan-kawan..Hal cinta memang ditolak tepi.Bagi Farah sekolah bukan tempat sesuai untuk berpasang-pasangan apetah lagi kita disekolah ugama.Farah ialah seorang yang objektif, cita-citanya tinggi.Kebiasaan masa Farah selalu bersendiri sebab bila bersama kawan2 dia selalu terasa asing sebab biasa topik-topik yang dibincangkan sama ada drama mana yang keluar sekarang, novel cinta apa yang best dan lelaki mana yang hensem kat sekolah.Kadang2 Farah cuba juga nak 'fit in' dan cuba masuk dengan topik mereka, tapi selalunya fikiran Farah tertumpu pada pelajaran dan keluarganya.
(Ok rase skema sangat tulis camni.boleh x nak guna bahasa sempoi je hahahah)
"Tu tu.. Cube kau tgk tu weyh.. Ade budak baru hensem.pukul 11. Kat tempat beli air.cepatlah tgk!!"
'Mana?'
"Kat tiang tuuuu"
Lelaki tiggi lebih kurang 6kaki, berkaca mata. hari itu hari Jumaat jadi, semua serba berbaju melayu dan bersongkok.Sedang sedap hirup air bandung kegemarannya.
Farah terpandang lelaki yang dikatakan hensem sgt tu.dalam hati berkata huh, xdela hensem sgt..biasa je.abg senior yang aku pernah tgk dlu lagi kacak, alim pula tuh..sesuai buat calon suami..ehh...sudahlah...blajar dlu...aku kan nak jadi doktor, ak xde masa untuk semua ni."
'Farah farahhh.. Kau tahu x, lelaki hensem yang aku cakap haritu? Ak dah tahu nama dia!'
Apa nama dia * farah buat2 mcm interested*
'nama dia Amir asyraf! Kacak bak ang weyh, budak akaun.'
Oo yeke.. Ala hensem2 mcam tu playboy,ko bukan tau... Mesti dah ada girrlfriend..
'Haahla..ak dengar juga dia dah ada...gf dia jiran dia.diorg selalu balik sama sebab jiran kan.seblom balik selalu dia akan cari gf dia tu nak ajak balik...abis satu sekolah dia pusing cari tau... Setia betul'
Haah setia sgt kan..untunglah kan siapa nak dapat tu kan *nada perli*
--------------------------------------
"Harini aku ada latihan ping ponglah..kau balik dulu k.xyah tunggu aku...ak nak stay study jap..ptg ni ak datang balik..lagipun rumah aku dekat je."
'Ok Farah. Xpe kau boleh duduk ngn Hanis, dia pun balik lewat sebab Amir ade latihan bola petang ni so dia pun kena stay.'
Hanis, jiran amir yang dikatakan siti.Manis orangnya, kecik2 comel2, manis senyumannya.disebabkan Hanis ni peramah jadi senang sangat dia bergaul dengan semua.dan sebab Farah ni pun jenis yang cuba jadi kelakar, kira masuklah diorang dua ni..
"Awak dulu sekolah mana hanis?"
' kita sekolah al-amin dulu'
"Oo yeke...sekolah al-amin..kita dulu sekolah al-bismilllah"
' kih2 ada2 jela awak ni...hahahah'
"Heheh gurau je :)"
Sejak tu, Farah dan Hanis selalu spend time sama... Disebabkan Hanis kena stay tggu mak pickup atau mak Amir pickup jadinya Farah ni selalu lah teman Hanis.Kadang-kadang ramai2 stay..Kadang2 hanya mereka berdua dan Amir yang sedang menunggu pun akan duduk disudut lain yang still boleh nampak dari tempat mereka menuggu.
Satu hari time farah teman hanis tunggu mak pickup,
farah yang curious ni jeling2 kat Amir yang dikatakan hensem tu.ok harini dia xpakai cermin
mata...hmm hensem juga eh,tapi mcam jambu je...eh ko gila? Hanis ni gf dia kot.dahla comel.ko xboleh lawan ok.
Tiba2 mata mereka bertemu.' Eh dia pandang aku ke?...ahh xpayah perasan sangatlah ntah2 dia tgk hanis kat sebalah kau..tapi seriouslah ak rase dia pandang aku!dah dah.. Xpyah nak berangan'
To be continue..bila tah...lol
Wednesday, December 4, 2013
Hantaran tunang for noobies
alhmdulillah majlis berjalan dengan nyaman dan lancar
byk org ckp nampak grand n so on
tu semua bukanlah dlam perancangan nak buat mcm tu
tapi disebabkan masalah rumah etc etc
terpaksa sewa dewan /surau sementara seri bangi
sebab kitorg resident situ so sewa 200 je ^__^ *je ok, jer*
so here are the list of things for noobies yang xpernah handle majlis tunang and perlu ideas *masalah yang sama dihadapi seblom ni*
5 balas 7
hantaran untuk pihak lelaki
1- buah buahan
2- pulut kuning
3- kek secret recipe
4- set body shop
5- gubahan choc ferrero roche
6- kain baju nikah
7- tepak sireh
hantaran dari pihak lelaki
1- telekung sejadah n alquran
2-cincin dan sireh
3- choc n teddy famous amous
4- buah
5- kek sec recipe
Hantaran untuk lelaki * gubah sendiri untuk penjimatan hebat*
Tuesday, December 3, 2013
Terjemah awan
Sunday, July 7, 2013
30 hari mencari cinta!
Apa dalam kocekmu?
Sunday, June 30, 2013
reBORN
Banyak perubahan yang berlaku
pengalaman dan peristiwa yang berlaku mengubah corak pemikiran diri..
insya allah akan sambung berblogging huhuhu,,
and my future business maybe, ill use this blog too...
currently 5th year med student, one year to go..bi iznillah :)
my first time using photoshop, nak buat versi kartun kononnye..
will try more in future :)
salam ...
Monday, August 16, 2010
insan sepertimu
sekadar renungan~
aku manusia biasa, hamba allah seperti kamu, kamu dan kamu.
namun kadang-kala, pabila aku terlihat mereka
yang lain dariku, yang cantik paras rupanya, yang banyak hartanya, yang cerdik akalnya
lalu aku merasa, dunia ini tidak adil.mengapa aku xdapat seperti mereka.
lalu hatiku dijangkiti penyakit ini.penyakit cemburu, hasad dengki.
walhal aku lupa, rezeki, rupa dan ilmu itu Allah yang punya. dan Allah memberi rahmat-Nya kepada sesiapa yang dikehendakiNya tanpa sebarang halangan.
lalu siapakah yang aku marahkan selama ini.sedangkan Allah itu maha adil.
lalu aku terlihat pula segolongan yang lain.
mereka xseperti aku.mereka xberilmu sepertiku. hidup mereka seolah xbermakna.
mereka tidak berpakaian baik-baik seperti aku.mereka beza.
lalu hatiku menghidap penyakit baru.penyakit takkabur dan megah diri. bisikan mengancam syaitan dalam hati mengatakan
''ah..kau ni orang baik-baik.xmacam mereka kan, aurat terdedah, solat tah cukup ke tak.''
sedangkan dalam firman allah :
'' wahai orang2 yang beriman ! janganlah suatu kaum itu mempersendakan kaum lain kerana boleh jadi mereka yang dipersendakan lebih baik dari mereka yang mempersenda, dan jangan pula perempuan-perempuan mempersendakan perempuan2 lain, kerana boleh jadi mereka yang dipersendakan lebih baik daripada perempuan yang mempersenda.janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk- buruk panggilan adalah panggilan yang buruk ( fasik) setelah beriman. Dan barang siapa yang tidak bertaubat, makan mereka itulah orang2 yang zalim.
( al- hujurat, ayat 11 )
lalu aku menepuk dada.aku bertanya pada imanku.apa khabar imanku..bagaimana kondisi hatiku.tentu bersih, kerana aku hamba allah yang taat perintahNya.lalu iman aku berkata, ya, kamu solat cukup waktu.ya, kamu menutup aurat. tetapi hatimu sangat busuk. hatimu mempunyai macam2 penyakit yang membuatku merasa lemah.kau angkuh, sedangkan kau tak tahu ape pengakhiran hidupmu.kau menyangka bahawa kau orang baik2, tetapi sebenarnya hatimu penuh dengan prasangka buruk.
'' Wahai orang2 yang beriman ! jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya banyak dari prasangka itu dosa, dan janganlah ada diantara kamu yang menggunjing sebahagian yang lain. Apakah diantara kamu yang suka memakan daging saudaramu yang sudah mati? tentu kamu merasa jijik.Dan bertawakallah kepada Allah , sungguh Allah menerima Maha penerima taubat, maha penyayang''
( al- hujurat, 12)
lalu aku menangis, mengenangkan hatiku yang gelap, yang busuk. ya allah, jauhnya diriku daripada mu.
aku hamba yang tidak tahu bersyukur.
aku hamba yang angkuh, sedangkan aku datang dari air yang hina.
ya allah..ampunkanllah dosa2 ku.
ya allah..kurniakanlah aku hati yang baru....
p/s : semoga Ramadhan kali ini dapat memberiku hati baru yang ikhlas dan bersih.
hati seperti Rasulallah. yang xpernah menyimpan dendam walau dicaci, dihina, dibaling najis.yang tidak timbul sekelumit pun perasaan cemburu dan dengki, malah insan yang paling bersyukur atas nikmat allah....
selamat berpuasa kawan2..semoga ramadhan kali ini lebih bermakna... :)
Tuesday, April 27, 2010
syarat-syarat taubat :)
1. Meninggalkan dosa tersebut. Ibnul-Qoyyim berkata: ”Taubat mustahil terjadi, sementara dosa tetap dilakukan”.
2. Menyesal atas perbuatannya. Rasulullah bersabda: ”Menyesal adalah taubat”.
3. Berazam untuk tidak mengulangi lagi. Ibnu Mas’ud berkata: ”Taubat yang benar adalah: Taubat dari kesalahan yang tidak akan diulangi kembali, bagaikan mustahilnya air susu kembali pada kantong susunya lagi.”
4. Mengembalikan kedzaliman kepada pemiliknya, atau meminta untuk dihalalkan. Imam Nawawi berkata: ”Diantara syarat taubat adalah mengembalikan kedzoliman kepada pemiliknya, atau meminta untuk dihalakan”.
5. Ikhlas. Ibnu hajar berkata: “Taubat tidak sah kecuali dengan ikhlas”. Allah berfirman: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya” (QS. At Tahrim [66]: 8 ). Yang dimaksud taubat yang murni adalah taubat yang ikhlash.
6. Taubat dilakukan pada masa diterima-nya taubat. Masa diterimanya taubat adalah:
- Sebelum saat sakarotul maut.
- Sebelum Matahari terbit dari barat.
Allah berfirman: “Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan: “Sesungguhnya saya bertaubat sekarang” (QS. An-Nisaa [4]: 18).
Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba, selama belum dalam sakarotul-maut” (HR. Tirmidzi).
* diambil dari sumber yang boleh dipercayai...
Selamat beramal :)
Wednesday, April 7, 2010
TANDA-TANDA ORANG BERBOHONG
www.iluvislam.com
nazeida
editor: azzahra_solehah
Bagaimana nak mengenali samada anda sedang dibohong? Tidak kira lelaki atau wanita, kalau dah kaki pembohong tu kawan baik pun digulainya hidup-hidup. Di bawah adalah tip-tip cara mengenali seseorang itu sedang berbohong.
Menyentuh hidung - Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila seseorang bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.
Menutup mulut - Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.
Gagap - Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong.
Pergerakan mata - Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.
Melengah-lengahkan jawapan - Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.
Resah - Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.
Kesimpulannya, Sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.
Wednesday, March 3, 2010
sinai
huhu...
day 1
-arrive at suez
-across tunnel syed ahmad
- mousa fortified firing position
* tempat kubu isreal, yang bjaya ditwn mesir by perjanjian yang bagi kemenangan pada mesir tapi syaratnye, sinai xleh dibangunkan.so, menyebabkan kbnyakan kwsn sinai mcm back to zaman2 dulu2 n bahan galian x dapat digali walaupun sinai kaya ngn bahan mentah..satu kerugian besar, sebab sinai ni kaya sgt ngn bhan galian, petroleum, uranium n etc2.
-visit uyun musa
* telaga untuk kaum nabi musa.ptt ade 12, tapi 2 je dapat jumpa.tempat nabi musa membelah laut kepada 12 bahgian untuk 12 suku kaum nabi musa.
* kolam air yang dikatakan tempat nabi ayub minum untuk sembuhkan penyakit kulitnya pun ade jugak..tapi, ade pendapat lain kata itu tempat mereka gali untuk cari petroleum, tpi air yang keluar.yang bestnye, air dia suam2 panas.mula2 ingat sebab cuaca, tapi sebab ade kolam air sebelah dia yang sejuk, xpanas mcm kolam air tu.subhanallah.
* pokok yang jadi sumber makanan pengikut2 nabi musa yang lari dari firaun pun ade.daunnye dikatakan ade bhagian yang manis, tapi bila rase masin je plak . -__-
-wadi arbaien. kat situ ade 12 mata air untuk kaum nabi musa. tmpat singgah untuk latiahan expdc ke sinai..
-cek in ke motel
- daki sinai at 2 a.m
* kitorng dibahagikan pada kumpulan..ade 10 kot x silap.kitorang kumpulan 6. kalu xlarat, boleh naik unta, tapi dah niat nak naik ngn kaki sendiri.nak rase sendiri mcm mane nabi musa naik ke puncak sinai..mlam tu dikatakan lagi sejuk + berangin dari malam2 lain..ade 6 atau lebih cekpoint sepanjang pendakian. pastu rase mmg semangat gile la..skali, baru kat cekpoint 2 da rase penat sgt. tpi nak teruskan jugak. unta yang lalu lalang membuat ati tergoda nak naik sebab penat..tapi berjaya naik tnpa unta.hehe..(lgpun naik unta mahal kot!)
pendakian amik mase 3 jam n dikatakan 10km..huh..
day 2
- solat subuh di puncak sinai
* sejuk sgt2.n wudu' dah batal so kena amik jgk gune air mineral yang dah dibawak.rase mcm nak mbunuh diri sendiri je bile gune air yang sejuk kat puncak sinai tu..
sgt sejukksss smpai tgn kebas n xrase lnsung..woah..bile solat, terhantuk plak kepala kat batu (adui).. then, kitorg tgk sunrise n then musrif cerita pasal nabi musa berkalam dengan allah di pucak sinai..mmg rase mcm ape yang dah tertulis dalam al-quran boleh kite nmpak kebenarannya depan mata..allahuakbar! mase yang same, ade jugak org lain ( kristian, korean) yang menganggap puncak sinai sbgai tempat suci mengikut kepercayaan masing2 n byk gelagat kite boleh lihat.ade yang teruja tgk sunrise sebb mereka menyembah matahari, ade yang menyanyi2 n mcm2 lagila...
bila nak turun, jalan lain pulak.jalan yang lagi pendek tapi sgt curam n x sesuai untuk naik sebab bahaya.so bile turun sekjap je..kurang sejam kot.tapi kaki sgt2 sakit n xtahan nak ke toilet mebuatkan setiap langkah sgt menyiksakan.seb baik ade toilet kat gereja yang ditutup n musrif sruh dia bukakkan.seb baik.rase nak mati je kalu xdapat g toilet time tu!!
- pkampungan nabi ilyas ( tunjuk dari gunung sinai time turun)
- cek out from motel
- st catherine, nampak 'fosil' lembu samiri, lawat makam nabi saleh.
- heading to dahab
* laut yang fames sbgai tempat diving, snokerling n tempat windsurfing.byk mat saleh g sini ( kena jage mate) hehe..mmg laut dia cantik sgt!! subhanallah...~
-cek in motel ke 2
-makan seafood kat dahab + beli cendera mata
-jalan2 n nikmati keindahan kat ctu..
day 3
- naik glass boat
* disebabkan xleh snokerling, nek glas boat..lantai dia boleh nmpak laut so bolehla tgk hidupan2 laut bwh tu..mcm2 spesis ade..ade besar, gmok..kecik..sume adela..mmg tgh lapa time ni so tgk ikan mcm nak makan je..hehe..tapi mmg cantikkk...
- jalan2 kat dahab
-cek out motel ke2
- heading to taba
* tempat terletak kubu salahuddin ayubi..tapi xleh g sebab pak arab nekkan harge boat.. dari taba, boleh nmpk sempadan 3 ngara, joran, palestin (xnk ckp israel sebab diri x iktiraf..huhuh) n saudi arab...
- balik ke alex
the best part is..catering dia mmg superb..malm ke 2 kitorg dapat makan nasi kerabu lagi..mmg sedap!!!!!
Wednesday, February 10, 2010
Niacin = Headache ?
soklan paling 'mudah'
why low dose of aspirin is given 1/2 hour before niacin?
niacin can cause headache.so give aspirin 1/2 before giving niacin can prevent headache
-there goes my 2 marks~- fly fly fly!!
time nak jwb ni..dah terbayang2 da page buku tu, but x dapat ilham nak jwb.mcm2 dah dibace.. jugak tak berhasil...bace bab tu dah byk kali...mmg xtau kenape blank..xde idea nak jwb, mesti kena gelak ngn prof...hahahha....xde rezeki la ni..
or maybe kurang keberkatan..?? (lupe msg parents that morning)
T__T
so, kesimpulannye, doesnt mean if u read it many times, u can answer the question.cuz Allah yang bagi ilham kat kite..jgn lupe ctc parents, minx keberkatan..suruh derang doakan kite..
ohh..gudluck for upcoming examzzz...may Allah gives us ilham nak mnjawab T__T
insaf sebentar~
Monday, February 1, 2010
sad / scary???
something spooky happened but i was afraid to talk bout it
but then today, i think it wasn't spooky at all
but its kinda sad -__-
i was choosing what cereal to buy then i heard something
'FIZA..~!'
then my heart beats real fast
like really really fast
like supertachy~
and that voice was very familiar..
it was my MOM's
then i looked back
searched everywhere to find where the voice came from
( sengal..xkan la ko jumpe mak ko kat ctu -__-..yelah..mane tau)
then i saw echa but she was far away and its possible that that voice came from her
because it was vivid and it sounded like my MOM
echa doest sounds like that -__-
so...is it my imagination? is it because i missed her so much
i text her almost everyday but dah jarang call
(sebb internet x clear -__-)
oh..but then, the only thing i can conclude is i do miss her T__T
mak...bagi fiza semngat nak study
-___-
then, yesterday i dreamt bout my adek bradik
n there was danny, dia nak cokelat n suruh 'kakak fiza' byarkan..
ngeh2..cute..
n miss my adek2 too
bapak..i miss u too..bapak black ensem..ngeh2
Wednesday, January 6, 2010
gosip
rase dah lame x tulis benda2 mcm ni..so, terdetik nak tulis satu post yang baik sket.hehe..
sebenarnye, rase mcm semua org tahu kenapa ayat ni diturunkan. Ayat ni diturunkan rentetan daripada peristiwa Aisyah R.A, isteri rasullallah yang diperkatakan org bila mereka nampak beliau berjalan diiringi Safwan ibnu Mutta'l, seorang sahabat rasul Allah. Aisyah sedang mencari kalungnya yg ilang smpai rombongan yang ikut bersama2 dia ketinggalan (skema nyer ayat).
bila Safwan terjumpe Aisya sedang berseorngn, dia bagi Aisya tunggang unta dia untk ke Madinah..org yang melihat mereka berkata2 dan membuat andaian sendiri, smpailah tersebarnye desas-desus, sehingga org munafik membesar2kan cerita tu dan tersebarnye fitnah..
dikaitkan dengan tajuk post..GOSIP..rasenye, kite dah sinonim sgt ngn bergosip smpai kite x sedar, ia permulaan kepada fitnah.. ok2., diri sendiri mengaku, kdg2 suka bergosip2..tapi xdela melampau2..tapi, bila terbace ayat tu, rase tergegar hati, gerun..sebab , bila dikatakan kita anggap benda tu remeh, tapi bagi ALLAH, benda tu soal besar..
xtaula,tapi diri ni takut sgt bila terbca ayat ni, rase terpukul pada diri sendiri.mula terbayang2, apelah benda yang x benar yang tersebar2 dek mulut ni, x pun gosip2 benda yang kite sendiri pun xpasti kesahihan cerita tu.
sebenarnye, kalu masa kite byk terisi dengan benda2 berfaedah..banyak kerja nak buat, exam..study, assignment n so on, kita xkan ade mase pun nak bergosip dan mulakan kejahatan ape2 pun.kdg2 kita sendiri x sedar kite tergolong dari mereka yang suka sgt bergosip n sebarkan benda yang x benar...xdela kita, DIRI ni la..terase, sebab tu tulisso..bagi yang dapat amik sumthing dari post ni, bgusla..tapi kalu x dapat ape2 pun, same2 la doakan diri ini n kwn2 yng lain jugak, supaya xtergolong dalam mereka yang suka sebarkan gosip= permulaan fitnah...
yer..begitulah tazkirah dari saya..sekian..
Sunday, December 13, 2009
Turkiye
kibarkan yang merah itu
SUDAH BERAKHIR~!
muahahahahhahahahhahahahhahahahha...
berhenti kibarkan yang merah itu ok.
tamat disini.
Thursday, December 3, 2009
null
malas nak update blog..
not that i dont have time but juz not in the mood..
maybe time makes me more matured?
yeke...teeetttt!! no, belom2..
tetapi rase perubahan..seperti diri makin matang..
tidak lagi ketawa melihat kartoon spongobob..
hahahaha.....
whats new?? hmm..juz spend 6 days at istanbul..holiday..
even there is smile, still feel something is missing...
maybe i just missed my family..
so jelous tgk fmily lain bersama bergelak tawa...
or, is it because i want to have my own 'family'?
muahaha...ape yang aku merepek ni...
nevertheless, still enjoyed my stay at istanbul..
so beautiful and breathtaking...
if i hava a family, i would like to go there..
hahahaha...
fiza, kuatkan hati...holiday dah abis..teruskan berjuang for the best ok..!
* need some spirit*
strong fiza...nothing is easy in this world...huhu
nway nani sgt comel okeh.
tade sape buleh tandingi. ( nani tulis)
Sunday, November 8, 2009
misteri pakcik magdi terjawab
tetibe
twitwiwtwitt.... ( loceng umah)
hah? siapa yang bertandang?
mungkinkah....
jeng3x..pakcik magdi datang..
dia xdatg semalam.
sebab ade mslah ngn engineer ape tah.
dengan semangatnya memasang wayar2 n kabel ke bilik2 kami..
muahahah..
but waitt!!!! stop2x
cane plak nnti nak ctc kalu ade ape2?
bukan dia slalu off tepon ke?
pasal talipon yang selalu x terjwab
magdi : fi aiyu musykillah, indi itnin nimra..wahdah min 012, we kaman 017
hah? ko ade 2num ke pakcik magdi? pttla aku kol slalu tak dapat..
hahaha
see..all u need is patience fiza.n bersangka baik..hehe
untuk cerita lebih detail n menarik..bukak la blog cik nanay..
dia dah bersinar2 depan komputer tadi...
hahaha
hidup aku kembali ceria juga..
WALLAHI..aku gumbira..lalallalalalal...tima kacih pakcik magdi...haha
( tapi kalu ade msalah..siapla~!!)
Saturday, November 7, 2009
wallahi..
amu xxxxx : maalish ana nasit...fi musykillah maa et-telefon hena..fi earth we air we dilwakti ruh
ila central....etc..etc..etc..
aku : imta dih bait fil internet
amu xxxxx: hawali 25 novamber..bas ana gai insyallah TOMORROW li kabel telefon we kaman 'connection' min muhandis hena.. baada 25 novamber, 'connection' bitaak enti.
aku : WALLAHI bukrah?
amu xxxxx : WALLAHI gai bukrah...
kenapa amu dtg?
cerita sedih umah kami..
200 LE telah dibayar pada amu xxxxx ( separuh dari bayaran psang tenet umah)
dah lama gakla..bulan 8..
amu xxxxx: WALLAHI, bi iznillah..fi wahid november, maaki internet bakda 'open connection' min syirkah..
semalam...
calling amu xxxxx...
'al-hatif talqtu ghiru mutahalian..min fadllak...the num that u have dail is not available...'
setelah beberapa lama gakla cuba call amu xxxxx...dia angkat..
amu xxxxx : maalish miss..ana fi kubri gmaah..gai hinak fi 10 daik..
aku : WALLAHI 10 daik? alasyan abla keda biulli saah 6 we dilwakti sab'ah wa nus..
amu xxxxx : aiwa..WALLAHI, WALLAHI gai..
setelah beberapa jam blalu...
calling amu xxxxx...
'al-hatif talqtu ghiru mutahalian..min fadllak...the num that u have dail is not available...'
dia x datang jugak..aku tertipu lagi...haha
WALLAHi..aku tertipu....






