Friday, January 9, 2009

IMTIHAN~

meja yang penuh..hahhahaha....

katil bersepah...hahahahah...

FEBRUARI!!! EXAM MONTH!!!
hehe..cuaknye nak EXAM final Sem..
plz pray for me...huhu

do care, because we are muslims


Disebalik kesibukan mengharungi kehidupan sebagai seorang medical student, perlulah kita sebagai seorang MUSLIM mengambil tahu tentang apa yang sedang berlaku di dunia sekeliling kita.Apetah lagi berkaitan dengan perkembangan tentang saudara ISLAM kita, tak kiralah siapa kita. Ahli perniagaan,guru, koperat, peguam...apa2 shj pekerjaan kita, jgn kita BUTAKAN mata dan PEKAKkAN telinga atau sekadar berbisik 'tu negara lain...nasib baik bukan kita'..'kesian orang di GAZA, nasib baik kita selamat'...disini perlulah kita perbetulkan cara kita berfikir...pernahkah kita betul2 merasakan bhawa mereka yang terbunuh itu adalah SAUDARA kita, apa yang slalu kita katakan hanya kata2 simpati yang belum tentu ikhlas dari hati..sikap kita tetap sama, perlakuan kita tak berubah...kita masih bergaduh dengan jiran sebelah rumah, bermasam muka sesama kita, sibuk mengkritik dan mencari kelemahan saudara kita, bersengketa dan merebut kuasa,kita mngatakan kita simpati tapi dalam masa yang sama kita tak ingt untuk menDOAkan mereka disana, kita masih sibuk membeli dan makan dengan barangan yang merupakan milik musuh ISLAM.Kita sendiri membina jurang pemisah sesama MUSLIM..kau orang tu, aku ikut orang ni...kau negeri tu, aku negeri ni.sedangkan kita lupa bahawa setiap orang muslim itu diikat dengan tali halus yang kuat dan kukuh yaitu tali PERSAUDARAAN ISLAM.. dan,SEDARLAH bahawa agama kita yng kita cintai sedang dipijak, ditindas oleh ISRAEL yang kejam..!! bukalah mata ..!!


tak guna juga rasenya jika hanya tau menunjukkan rasa simpati tetapi sikap kita tetap same.sedarlah yang sekarang ni, negara MALAYSIA sedang dilanda PERANG yang kita tak sedari.Sedang saudara2, pemuda2 islam di sana sibuk berjuang pertahankan agama islam, pemuda di malaysia sibuk berpesta, merempit,menagih dadah..dan bgi saya, peperangan itu lebih DASYAT lagi dari apa yang sedang berlaku di GAZA kerana wlaupun ramai yang terkorban, tetapi kita tau mereka mati di dalam IMAN dan mereka perjuangkan kalimah la ilaha illallah tapi sebaliknya dinegara kita..kedaan tu bg saya lebih menyedihkan...nampaknya mereka telah berjaya menghapuskan aset2 yang sepatutnya perjuangkan agama islam dengan meyuntik unsur2 barat dalam pemikiran anak2 muda yang bakal menjadi pemimpin negara..


lebih menyedihkan lagi...negara islam semuanya takot untuk memberi bantuan kepada palestin termasuk MESIR sendiri...mesir yang bersempadan dengan palestin enggan membuka sempadan Rafah bg tujuan bantuan perubatan dan makanan...malah HUSIN MUBARAK menjadi penyokong dan sekutu utama ISRAEL...kalu bkn org islam yang membela org islam, siapa lagi? malu rasanya bila terdengar ade pemimpin BUKAN muslim cube menghulurkan bantuan kepada palestin,..orang bukan ISLAM yang menolak tindakan ISRAEL...mana kita??


MASA UNTUK BERUBAH


mari kita kembali kepada landasan kita..apa yang ptt kita lakukan sebagai seorang muslim...kalu pun terase berat untuk menderma atau menyumbangkan apa2 kepada mereka yang berada di GAZA, sekurang2nya kita BERDOA dan cuba untuk memBOIKOT barangan musuh islam...kita mula dengan satu barang, lama2 makin banyak...ingatlah walaupun satu sen barang mereka yang kita beli, tu sudah kira kita menyumbang kepada ISRAEL untuk membeli senjata bagi menghancurkan saudara kita sendiri....



Barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan orang-orang Islam, maka mereka bukan sebahagian daripada mereka....di akhirat kelak akan dipersoalkan apakah sumbangan kita untuk pertahankan Islam...


mungkin imej ini boleh membuatkan anda fikir kembali apekah sumbangan kita sebagai seorang muslim bg membantu saudara kita..



update info terbaru pasal palestine di : http://palestinkini.info/


p/s: Israel merancang ingin meluaskan kawasannya dengan menubuhkan ISRAEL RAYA dan sebahagian daripada mesir, jordan, termasuklah ALEXAndria merupakan sebahagian daripadanya...takut? jgn lupa akan janji Allah bahawa ISlam akan menang satu hari nanti...tiada sebab untuk negara ISlam berasa takut!!!