Monday, August 16, 2010

insan sepertimu

assalamualaikum :)
sekadar renungan~

aku manusia biasa, hamba allah seperti kamu, kamu dan kamu.
namun kadang-kala, pabila aku terlihat mereka
yang lain dariku, yang cantik paras rupanya, yang banyak hartanya, yang cerdik akalnya
lalu aku merasa, dunia ini tidak adil.mengapa aku xdapat seperti mereka.
lalu hatiku dijangkiti penyakit ini.penyakit cemburu, hasad dengki.
walhal aku lupa, rezeki, rupa dan ilmu itu Allah yang punya. dan Allah memberi rahmat-Nya kepada sesiapa yang dikehendakiNya tanpa sebarang halangan.
lalu siapakah yang aku marahkan selama ini.sedangkan Allah itu maha adil.

lalu aku terlihat pula segolongan yang lain.
mereka xseperti aku.mereka xberilmu sepertiku. hidup mereka seolah xbermakna.
mereka tidak berpakaian baik-baik seperti aku.mereka beza.
lalu hatiku menghidap penyakit baru.penyakit takkabur dan megah diri. bisikan mengancam syaitan dalam hati mengatakan
''ah..kau ni orang baik-baik.xmacam mereka kan, aurat terdedah, solat tah cukup ke tak.''

sedangkan dalam firman allah :

'' wahai orang2 yang beriman ! janganlah suatu kaum itu mempersendakan kaum lain kerana boleh jadi mereka yang dipersendakan lebih baik dari mereka yang mempersenda, dan jangan pula perempuan-perempuan mempersendakan perempuan2 lain, kerana boleh jadi mereka yang dipersendakan lebih baik daripada perempuan yang mempersenda.janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk- buruk panggilan adalah panggilan yang buruk ( fasik) setelah beriman. Dan barang siapa yang tidak bertaubat, makan mereka itulah orang2 yang zalim.
( al- hujurat, ayat 11 )

lalu aku menepuk dada.aku bertanya pada imanku.apa khabar imanku..bagaimana kondisi hatiku.tentu bersih, kerana aku hamba allah yang taat perintahNya.lalu iman aku berkata, ya, kamu solat cukup waktu.ya, kamu menutup aurat. tetapi hatimu sangat busuk. hatimu mempunyai macam2 penyakit yang membuatku merasa lemah.kau angkuh, sedangkan kau tak tahu ape pengakhiran hidupmu.kau menyangka bahawa kau orang baik2, tetapi sebenarnya hatimu penuh dengan prasangka buruk.

'' Wahai orang2 yang beriman ! jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya banyak dari prasangka itu dosa, dan janganlah ada diantara kamu yang menggunjing sebahagian yang lain. Apakah diantara kamu yang suka memakan daging saudaramu yang sudah mati? tentu kamu merasa jijik.Dan bertawakallah kepada Allah , sungguh Allah menerima Maha penerima taubat, maha penyayang''
( al- hujurat, 12)


lalu aku menangis, mengenangkan hatiku yang gelap, yang busuk. ya allah, jauhnya diriku daripada mu.
aku hamba yang tidak tahu bersyukur.
aku hamba yang angkuh, sedangkan aku datang dari air yang hina.
ya allah..ampunkanllah dosa2 ku.
ya allah..kurniakanlah aku hati yang baru....



p/s : semoga Ramadhan kali ini dapat memberiku hati baru yang ikhlas dan bersih.
hati seperti Rasulallah. yang xpernah menyimpan dendam walau dicaci, dihina, dibaling najis.yang tidak timbul sekelumit pun perasaan cemburu dan dengki, malah insan yang paling bersyukur atas nikmat allah....



selamat berpuasa kawan2..semoga ramadhan kali ini lebih bermakna... :)