Monday, August 16, 2010

insan sepertimu

assalamualaikum :)
sekadar renungan~

aku manusia biasa, hamba allah seperti kamu, kamu dan kamu.
namun kadang-kala, pabila aku terlihat mereka
yang lain dariku, yang cantik paras rupanya, yang banyak hartanya, yang cerdik akalnya
lalu aku merasa, dunia ini tidak adil.mengapa aku xdapat seperti mereka.
lalu hatiku dijangkiti penyakit ini.penyakit cemburu, hasad dengki.
walhal aku lupa, rezeki, rupa dan ilmu itu Allah yang punya. dan Allah memberi rahmat-Nya kepada sesiapa yang dikehendakiNya tanpa sebarang halangan.
lalu siapakah yang aku marahkan selama ini.sedangkan Allah itu maha adil.

lalu aku terlihat pula segolongan yang lain.
mereka xseperti aku.mereka xberilmu sepertiku. hidup mereka seolah xbermakna.
mereka tidak berpakaian baik-baik seperti aku.mereka beza.
lalu hatiku menghidap penyakit baru.penyakit takkabur dan megah diri. bisikan mengancam syaitan dalam hati mengatakan
''ah..kau ni orang baik-baik.xmacam mereka kan, aurat terdedah, solat tah cukup ke tak.''

sedangkan dalam firman allah :

'' wahai orang2 yang beriman ! janganlah suatu kaum itu mempersendakan kaum lain kerana boleh jadi mereka yang dipersendakan lebih baik dari mereka yang mempersenda, dan jangan pula perempuan-perempuan mempersendakan perempuan2 lain, kerana boleh jadi mereka yang dipersendakan lebih baik daripada perempuan yang mempersenda.janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk- buruk panggilan adalah panggilan yang buruk ( fasik) setelah beriman. Dan barang siapa yang tidak bertaubat, makan mereka itulah orang2 yang zalim.
( al- hujurat, ayat 11 )

lalu aku menepuk dada.aku bertanya pada imanku.apa khabar imanku..bagaimana kondisi hatiku.tentu bersih, kerana aku hamba allah yang taat perintahNya.lalu iman aku berkata, ya, kamu solat cukup waktu.ya, kamu menutup aurat. tetapi hatimu sangat busuk. hatimu mempunyai macam2 penyakit yang membuatku merasa lemah.kau angkuh, sedangkan kau tak tahu ape pengakhiran hidupmu.kau menyangka bahawa kau orang baik2, tetapi sebenarnya hatimu penuh dengan prasangka buruk.

'' Wahai orang2 yang beriman ! jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya banyak dari prasangka itu dosa, dan janganlah ada diantara kamu yang menggunjing sebahagian yang lain. Apakah diantara kamu yang suka memakan daging saudaramu yang sudah mati? tentu kamu merasa jijik.Dan bertawakallah kepada Allah , sungguh Allah menerima Maha penerima taubat, maha penyayang''
( al- hujurat, 12)


lalu aku menangis, mengenangkan hatiku yang gelap, yang busuk. ya allah, jauhnya diriku daripada mu.
aku hamba yang tidak tahu bersyukur.
aku hamba yang angkuh, sedangkan aku datang dari air yang hina.
ya allah..ampunkanllah dosa2 ku.
ya allah..kurniakanlah aku hati yang baru....



p/s : semoga Ramadhan kali ini dapat memberiku hati baru yang ikhlas dan bersih.
hati seperti Rasulallah. yang xpernah menyimpan dendam walau dicaci, dihina, dibaling najis.yang tidak timbul sekelumit pun perasaan cemburu dan dengki, malah insan yang paling bersyukur atas nikmat allah....



selamat berpuasa kawan2..semoga ramadhan kali ini lebih bermakna... :)

Tuesday, April 27, 2010

syarat-syarat taubat :)

1. Meninggalkan dosa tersebut. Ibnul-Qoyyim berkata: ”Taubat mustahil terjadi, sementara dosa tetap dilakukan”.

2. Menyesal atas perbuatannya. Rasulullah bersabda: ”Menyesal adalah taubat”.

3. Berazam untuk tidak mengulangi lagi. Ibnu Mas’ud berkata: ”Taubat yang benar adalah: Taubat dari kesalahan yang tidak akan diulangi kembali, bagaikan mustahilnya air susu kembali pada kantong susunya lagi.”

4. Mengembalikan kedzaliman kepada pemiliknya, atau meminta untuk dihalalkan. Imam Nawawi berkata: ”Diantara syarat taubat adalah mengembalikan kedzoliman kepada pemiliknya, atau meminta untuk dihalakan”.

5. Ikhlas. Ibnu hajar berkata: “Taubat tidak sah kecuali dengan ikhlas”. Allah berfirman: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya” (QS. At Tahrim [66]: 8 ). Yang dimaksud taubat yang murni adalah taubat yang ikhlash.

6. Taubat dilakukan pada masa diterima-nya taubat. Masa diterimanya taubat adalah:

  1. Sebelum saat sakarotul maut.
  2. Sebelum Matahari terbit dari barat.

Allah berfirman: “Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan: “Sesungguhnya saya bertaubat sekarang” (QS. An-Nisaa [4]: 18).

Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba, selama belum dalam sakarotul-maut” (HR. Tirmidzi).


* diambil dari sumber yang boleh dipercayai...


Selamat beramal :)

Wednesday, April 7, 2010

TANDA-TANDA ORANG BERBOHONG

TANDA-TANDA ORANG BERBOHONG
www.iluvislam.com
nazeida
editor: azzahra_solehah


Bagaimana nak mengenali samada anda sedang dibohong? Tidak kira lelaki atau wanita, kalau dah kaki pembohong tu kawan baik pun digulainya hidup-hidup. Di bawah adalah tip-tip cara mengenali seseorang itu sedang berbohong.

Menyentuh hidung - Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila seseorang bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

Menutup mulut - Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

Gagap - Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong.

Pergerakan mata - Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

Melengah-lengahkan jawapan - Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

Resah - Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

Kesimpulannya, Sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.

Wednesday, March 3, 2010

sinai

oleh kerana kemalasan untuk mengupdate..bagi brief note + tentetif jela eh
huhu...
day 1

-arrive at suez

-across tunnel syed ahmad

- mousa fortified firing position
* tempat kubu isreal, yang bjaya ditwn mesir by perjanjian yang bagi kemenangan pada mesir tapi syaratnye, sinai xleh dibangunkan.so, menyebabkan kbnyakan kwsn sinai mcm back to zaman2 dulu2 n bahan galian x dapat digali walaupun sinai kaya ngn bahan mentah..satu kerugian besar, sebab sinai ni kaya sgt ngn bhan galian, petroleum, uranium n etc2.


-visit uyun musa
* telaga untuk kaum nabi musa.ptt ade 12, tapi 2 je dapat jumpa.tempat nabi musa membelah laut kepada 12 bahgian untuk 12 suku kaum nabi musa.



* kolam air yang dikatakan tempat nabi ayub minum untuk sembuhkan penyakit kulitnya pun ade jugak..tapi, ade pendapat lain kata itu tempat mereka gali untuk cari petroleum, tpi air yang keluar.yang bestnye, air dia suam2 panas.mula2 ingat sebab cuaca, tapi sebab ade kolam air sebelah dia yang sejuk, xpanas mcm kolam air tu.subhanallah.


* pokok yang jadi sumber makanan pengikut2 nabi musa yang lari dari firaun pun ade.daunnye dikatakan ade bhagian yang manis, tapi bila rase masin je plak . -__-

-wadi arbaien. kat situ ade 12 mata air untuk kaum nabi musa. tmpat singgah untuk latiahan expdc ke sinai..

-cek in ke motel

- daki sinai at 2 a.m
* kitorng dibahagikan pada kumpulan..ade 10 kot x silap.kitorang kumpulan 6. kalu xlarat, boleh naik unta, tapi dah niat nak naik ngn kaki sendiri.nak rase sendiri mcm mane nabi musa naik ke puncak sinai..mlam tu dikatakan lagi sejuk + berangin dari malam2 lain..ade 6 atau lebih cekpoint sepanjang pendakian. pastu rase mmg semangat gile la..skali, baru kat cekpoint 2 da rase penat sgt. tpi nak teruskan jugak. unta yang lalu lalang membuat ati tergoda nak naik sebab penat..tapi berjaya naik tnpa unta.hehe..(lgpun naik unta mahal kot!)
pendakian amik mase 3 jam n dikatakan 10km..huh..


day 2


- solat subuh di puncak sinai
* sejuk sgt2.n wudu' dah batal so kena amik jgk gune air mineral yang dah dibawak.rase mcm nak mbunuh diri sendiri je bile gune air yang sejuk kat puncak sinai tu..
sgt sejukksss smpai tgn kebas n xrase lnsung..woah..bile solat, terhantuk plak kepala kat batu (adui).. then, kitorg tgk sunrise n then musrif cerita pasal nabi musa berkalam dengan allah di pucak sinai..mmg rase mcm ape yang dah tertulis dalam al-quran boleh kite nmpak kebenarannya depan mata..allahuakbar! mase yang same, ade jugak org lain ( kristian, korean) yang menganggap puncak sinai sbgai tempat suci mengikut kepercayaan masing2 n byk gelagat kite boleh lihat.ade yang teruja tgk sunrise sebb mereka menyembah matahari, ade yang menyanyi2 n mcm2 lagila...


bila nak turun, jalan lain pulak.jalan yang lagi pendek tapi sgt curam n x sesuai untuk naik sebab bahaya.so bile turun sekjap je..kurang sejam kot.tapi kaki sgt2 sakit n xtahan nak ke toilet mebuatkan setiap langkah sgt menyiksakan.seb baik ade toilet kat gereja yang ditutup n musrif sruh dia bukakkan.seb baik.rase nak mati je kalu xdapat g toilet time tu!!

- pkampungan nabi ilyas ( tunjuk dari gunung sinai time turun)

- cek out from motel

- st catherine, nampak 'fosil' lembu samiri, lawat makam nabi saleh.

- heading to dahab
* laut yang fames sbgai tempat diving, snokerling n tempat windsurfing.byk mat saleh g sini ( kena jage mate) hehe..mmg laut dia cantik sgt!! subhanallah...~


-cek in motel ke 2


-makan seafood kat dahab + beli cendera mata



-jalan2 n nikmati keindahan kat ctu..

day 3

- naik glass boat
* disebabkan xleh snokerling, nek glas boat..lantai dia boleh nmpak laut so bolehla tgk hidupan2 laut bwh tu..mcm2 spesis ade..ade besar, gmok..kecik..sume adela..mmg tgh lapa time ni so tgk ikan mcm nak makan je..hehe..tapi mmg cantikkk...

- jalan2 kat dahab

-cek out motel ke2

- heading to taba

* tempat terletak kubu salahuddin ayubi..tapi xleh g sebab pak arab nekkan harge boat.. dari taba, boleh nmpk sempadan 3 ngara, joran, palestin (xnk ckp israel sebab diri x iktiraf..huhuh) n saudi arab...

- balik ke alex



the best part is..catering dia mmg superb..malm ke 2 kitorg dapat makan nasi kerabu lagi..mmg sedap!!!!!

Wednesday, February 10, 2010

Niacin = Headache ?

PHARMACOLOGY

soklan paling 'mudah'

why low dose of aspirin is given 1/2 hour before niacin?

niacin can cause headache.so give aspirin 1/2 before giving niacin can prevent headache

-there goes my 2 marks~- fly fly fly!!

time nak jwb ni..dah terbayang2 da page buku tu, but x dapat ilham nak jwb.mcm2 dah dibace.. jugak tak berhasil...bace bab tu dah byk kali...mmg xtau kenape blank..xde idea nak jwb, mesti kena gelak ngn prof...hahahha....xde rezeki la ni..
or maybe kurang keberkatan..?? (lupe msg parents that morning)

T__T

so, kesimpulannye, doesnt mean if u read it many times, u can answer the question.cuz Allah yang bagi ilham kat kite..jgn lupe ctc parents, minx keberkatan..suruh derang doakan kite..
ohh..gudluck for upcoming examzzz...may Allah gives us ilham nak mnjawab T__T

insaf sebentar~

Monday, February 1, 2010

sad / scary???

2 days ago i went to carefour..
something spooky happened but i was afraid to talk bout it
but then today, i think it wasn't spooky at all
but its kinda sad -__-


i was choosing what cereal to buy then i heard something

'FIZA..~!'
then my heart beats real fast
like really really fast
like supertachy~
and that voice was very familiar..
it was my MOM's
then i looked back
searched everywhere to find where the voice came from
( sengal..xkan la ko jumpe mak ko kat ctu -__-..yelah..mane tau)


then i saw echa but she was far away and its possible that that voice came from her
because it was vivid and it sounded like my MOM
echa doest sounds like that -__-

so...is it my imagination? is it because i missed her so much
i text her almost everyday but dah jarang call
(sebb internet x clear -__-)


oh..but then, the only thing i can conclude is i do miss her T__T

mak...bagi fiza semngat nak study

-___-

then, yesterday i dreamt bout my adek bradik
n there was danny, dia nak cokelat n suruh 'kakak fiza' byarkan..
ngeh2..cute..
n miss my adek2 too
bapak..i miss u too..bapak black ensem..ngeh2

so is it scary / sad?? ngeh2..

Wednesday, January 6, 2010

gosip

'' ingatlah, ketika kamu menerima (berita bohong) itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang kamu tidak ketahui sedikit pun,dan kamu menganggapnya remeh sedangkan dalam pndangan allah itu soal besar'' an-nur:15


rase dah lame x tulis benda2 mcm ni..so, terdetik nak tulis satu post yang baik sket.hehe..

sebenarnye, rase mcm semua org tahu kenapa ayat ni diturunkan. Ayat ni diturunkan rentetan daripada peristiwa Aisyah R.A, isteri rasullallah yang diperkatakan org bila mereka nampak beliau berjalan diiringi Safwan ibnu Mutta'l, seorang sahabat rasul Allah. Aisyah sedang mencari kalungnya yg ilang smpai rombongan yang ikut bersama2 dia ketinggalan (skema nyer ayat).

bila Safwan terjumpe Aisya sedang berseorngn, dia bagi Aisya tunggang unta dia untk ke Madinah..org yang melihat mereka berkata2 dan membuat andaian sendiri, smpailah tersebarnye desas-desus, sehingga org munafik membesar2kan cerita tu dan tersebarnye fitnah..


dikaitkan dengan tajuk post..GOSIP..rasenye, kite dah sinonim sgt ngn bergosip smpai kite x sedar, ia permulaan kepada fitnah.. ok2., diri sendiri mengaku, kdg2 suka bergosip2..tapi xdela melampau2..tapi, bila terbace ayat tu, rase tergegar hati, gerun..sebab , bila dikatakan kita anggap benda tu remeh, tapi bagi ALLAH, benda tu soal besar..

xtaula,tapi diri ni takut sgt bila terbca ayat ni, rase terpukul pada diri sendiri.mula terbayang2, apelah benda yang x benar yang tersebar2 dek mulut ni, x pun gosip2 benda yang kite sendiri pun xpasti kesahihan cerita tu.
sebenarnye, kalu masa kite byk terisi dengan benda2 berfaedah..banyak kerja nak buat, exam..study, assignment n so on, kita xkan ade mase pun nak bergosip dan mulakan kejahatan ape2 pun.kdg2 kita sendiri x sedar kite tergolong dari mereka yang suka sgt bergosip n sebarkan benda yang x benar...xdela kita, DIRI ni la..terase, sebab tu tulis


so..bagi yang dapat amik sumthing dari post ni, bgusla..tapi kalu x dapat ape2 pun, same2 la doakan diri ini n kwn2 yng lain jugak, supaya xtergolong dalam mereka yang suka sebarkan gosip= permulaan fitnah...

yer..begitulah tazkirah dari saya..sekian..