Sunday, July 7, 2013

30 hari mencari cinta!


30 hari untuk mencari cinta itu
Sesudah segenap setahun hati ini tercari-cari
mungkin xtercapai cinta itu dek diri ini terlalu sibuk
Dengan pelbagai urusan
Sungguh hati ini sangatlah rindu, tetapi diri ini xmenyadarinya
Terkadang terasa terlintas namun dibiarkan sahaja cinta itu menunggu
Tanpa disahut

Nah, sudah tiba hari itu, hari ku mencari cinta itu kembali
Untuk disemat buat bekal sehingga,
Jika ku diberi peluang
Untuk bertemu hari istimewa ini lagi

Cuma ku harap kali ini, cinta itu dapat ku cari,ku semat dihati, ku jadikan bekal
Ku lepaskan rindu ini.,.

Ahlan ya ramadhan. Ak ingin mendapat cinta mu Ya Allah !

Apa dalam kocekmu?

Apa dalam kocek mu?


Ya rijjal
Apa dalam kocek mu?
Kotak itu kah?
Kotak yang punya batang-batang itu
Dihembus dihirup asapnya
Bukan hanya kamu ya rijjal
Bahkan oleh generasi mu
Segenap alam ini kau cemarkan
Dengan hembus berbisa itu


Ya rijjal
Apa dalam kocek mu?
Senaskah mukjizat
Yang kau tatap tiap ketika
Buat penyuluh liku-liku fana
Mata-mata yang melihatmu
Merasa sejuk
Hati tenang, kamu ya rijjal
Dan mata-mata yang melihatmu

Ya rijjal
Apa dalam kocek mu?
Ruang yang kecil itu
Ada kala kau biar kosong
Tak berguna
Atau kau isi
Dengan perkara durjana
Kocek itu kecilnya walau
Namun memberi seribu erti
Dengan apa yang kau isi


Kata-kata mu kemas
Pakaian mu bersih
Namun dari sini
Dapat ku lihat apa yang kau isi
Dalam kocek mu
Memberi sedikit gambaran
Tatkalau kau mempunyai
Emas emas masa,
Apa yang kau perbuat
Ya rijjal


Apa dalam kocek mu? Ya rijjal?

*di ilhamkan daripada melihat orang2 mesir yang kebanyakannya kocek mereka ada kotak rokok, ada juga yg letak alquran kecik*