Saturday, August 8, 2009

forum monyetnya cinta kita ( report) haha..

semalam, alhamdulillah dapat jugak attend forum ni @ INSPEN
panel2 semalam

Firdaus Djamaris Ustaz Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

erm..bolehla..dapat banyak jugak la..
nak cite sume panjang pula..
cuma kongsi point yang dirasakan menarik n penting~...huhu


cinta ni banyak kategori.luaskan skop cinta tu, byk kita boleh dapat.pada allah, mak ayah, harta, pekerjaan, kekasih.tapi org slalu klau denga je perkataan CINTA, mesti akan terlintas dalam fikiran, cinta antara laki dan perempuan...

sebenarnya, tu fitrah manusia.tapi sekarang ni pun, kita boleh lihat ada yang melawan fitrah.laki suka laki, perempuan minat perempuan.tu mmg totally dah lwan fitrah.so kaitkan balik dengan tajuk monyetnye cinta kita tu..hm..bila kita start bercinta, n mulakan perkara2 yang tak sepatutnya, x dapat mengawal nafsu, fitrah tu akan jadi FITNAH.

perihal cinta itu, cinta menyebabkan manusia akan tunduk pada perintah.kalu cinta akan seseorang kita akan sanggup untuk buat apa untuk dia. ( penceramah ckpla). so,bila kita pk balik, bila kita Cinta Allah, kita akan tunduk pada perintahNya..

3 perkara yang dihuraikan daripada hadith 13 ( yang pasal xkan beriman seseorang itu selagi dia xmencintai saudaranya seperti dia mincintai dirinya sendiri tu...)
- kesempurnaan iman tu sendiri bila kita syang akan saudara kita
- perbuatan memberi
-pemberian kerana kasih syang

semua ni kita dapat amik contoh dari kaum ansar n muhajirin..sehinggakan kaum ansar itu sanggup menceraikan salah seorang isterinya untuk dikahwinkan dengan muhajirin ( but tu dulu, xkan skang nak camtu kan..huuuu)
maksudnya, dia nak tunjukkan betapa sayangnya seseorang itu pada saudara islamnye sehingga sanggup memberi benda yang beharga sebab wujudnya perasaan sayang pada saudara islamnya.

cinta tu dibahagi kepada 3. dipandang dari sudut intelektual, emotional n spiritual.panel mengambil contoh saidina umar, seorang khalifah ketika tu.malam2, dia akan pantau keadaan rakyatnya n dapat tahu tentang kisah seorng ibu yang merebuskan batu sebab xde benda lain nak masak.dia buat2 masak smpai la anak2 dia tertido.dia kate slah pemimpin sebab x perihatin tentang nasib rakyatnya.saidina umar kemudian mengangkat sendiri seguni gandum atas bahunya n tolak pertolongan dari org kanan dia.dia kata, sesungguhnya berat yang dipikul dibahunya itu x seberat tanggungjwb dia kepada rakyat dia.dan dia yakin akan dipersoal di akhirat nnti.so, kaitkan balik dengan cinta tadi, dia nak ckp yang cinta saidina umar melakukan tanggungjwbnya bukan kerana dia pemimpin yang nak dipandang baik oleh rakyat, atau ingin merasa bangga atas apa yang dia buat, tapi dia lakukannya atas cintanya kepada Allah. ( part ni mcm blurr sket tapi lebih kurang mcm tu la penceramah tu ckp)

dikaitkan dengan zaman sekarang, cinta monyet ini hanya akan meruntuhkan tamadun..tamadun yang dikatakan adalah manusia itu sendiri.ketamadunan bukan bergantung kepada tingginya bangunan yang dibina atau canggihnya peralatan yang kite ade tapi tamadun tu adalah perihal manusia itu sendiri.penceramah beri contoh kerajaan Andalus yang sudah hampir 700 tahun pertahankan kerajaannya. lalu musuh menghatar spy untuk mencari waktu yang sesuai menyerang kerajaan tu.So, pada waktu tu, spy tu terjumpe seorang lelaki yang bersedih dibwh pokok.then, ditanya kenapa dia sedih, dia kate sebab dia xdapat memanah dengan tepat.maka mereka merasakan waktu ini adalah waktu yang paling x sesuai bahkan sukar untuk serang kerajaan tu.bila dah lame2 tu, spy tu skali lagi terjumpa lelaki sedang bersedih dibwah pokok lalu ditanye, mengapa dia bersedih.dia pun menjawab sebab kekasih dia meninggalkan dia.lalu musuh2 mengatakan bahwa masa inilah yang paling sesuai untuk menyerang Andalus lalu Andalus yang sudah lame bertahan akhirnya tewas..

memang jelas bahawa pemuda adalah tiang agama n negara.bila pemuda peneraju negara itu lemah, mudah kalah dengan perasaan sendiri, lemah pada wanita, lemah pada nafsu, maka akan hancurlah sebuah negara tu.pemuda seharusnya menjadi contoh tauladan yang baik, menjadi pemimpin keluarga n negara, pembela agama tapi bila dah mudah sangat tewas hanya sebab putus cinta, mmg negara itu sendiri akan mudah dikuasai oleh musuh..so guys out there...dont become weak sebab perempuan.n perempuan pun sama, jgn lemah denagan lelaki....huhu..

-orang yang dibius cinta, (cinta laki n perempuan) dia dalam kesesatan yng nyata= ianya akan melemahkan akal, dan membuat seseorang tu hilang pedoman. ( contohnya seperti kisah nabi yusuf yang digoda oleh Zulaikha dan menuduh nabi yusuf lepas tu..)

- jangan jadi golongan yang menggunakan akal untuk menipu Allah.seperti kaum bani Israel yang diharmakan mengkap ikan pada hari sabtu.mereka memasangkan perangkap pada hari jumaat dan mengatakan bahawa mereka x menangkap ikan itu, tapi ikan tu yang terperangkap.
dikaitkan balik dengan cinta monyet, ade setengah golongan yang berdalih2 dan ingin mmbenarkan ape yang dikatakan salah.contohnya, yela..kitorg bukn kapel pun, just adek angkat, juz abg angkat, kakak angkat ape2 yang diangkat la..teman tapi mesra la..mereka xseda sebenarnya mereka menipu diri sendiri.ingat, ape2 juga yang melibatkan hubungan antara lelaki dan perempuan, apabila hampir kepada zina, ia kan dikira sebagai maksiat x kira la kita declare ke, kakak angkat je ke ape ke...apabila ia hampir kepada zina, ia salah..(huhu..betul2..sokong)

-orang ckp, bercinta ni dapat tingkatkan semangat motivasi...tapi kita tgk, berapa ramai je yang bercinta, yang membuang masa dengan cinta monyet ni benar2 berjaya? n berapa ramai yang fail? rasenya lagi ramai yang kecundang...so, ia jelas x membawa ape2 faedah pun, right?

so, apakah cara yang baik untuk selesaikan problem ni..

1- kahwin??- adakah kawin akan menyelesaikan masalah ni? tidak 100%.sebab mereka yang bertahun2 bercinta sanggup sehidup semati la ape la, akhirnya bercerai dalam masa 2 bulan.sebab mungkin mereka belum bersedia n hanya pk yang indah2 pada perkahwinan tanpa pk tanggjwb yang bakal dipukul.so kena tuka pemikiran bila nak kahwin, bayangan pelamin tu kita tuka kepada lampin( maknanya bila ada anak macam mana nak makan, nak sara, didik n jage) -penceramah bgi contohla..)

2- ada tujuan hidup- supaya kita xkan buang masa buat perkara2 x berfaedah, n berusaha mencapai tujuan itu.sekurangnya masa terisi dengan perkara yang baik.kan muda lagi, bukan nak kahwin sekarang.jodoh kan xkan kemana

3- puasa- bila tersuka atau terdetik perasaan tu, kita puasa untuk mengawal hawa nafsu..

4- bercinta la selepas kahwin- senang, sumenye halal..kan2..


kenapa budak2 zaman sekarang suka sgt bercinta monyet..? sebab mereka sebenarnya nak perhatian. sebab mungkin kurang perhatian dari ibu bape.diorang nak rasa bahagia...nak diberi perhatian.sbb tula.. so jganla tenggelam dengan perasaan sendiri...kukuhkan iman n set ape yang kita nak jadi~

ingat,kemanisan kenangan itu ada pada yang halal..xkan nak kenangkan waktu2 bercinta yang dipenuhi dosa, betul x?

sebenarnya, banyak lagi tapi nampak mcm dah berjela post ni..so harap sama dapt manfaat, walupun xdapt nak hurai lebih pnjang.=)

3 comments:

Muhammad Anas bin Kamarudin said...

alf syukran...

bnyk manfaat... thanks for sharing...

"at-toyyibun lit-toyyibat"

Meru said...

attobibun lit-tobibaat..

cam kenal je anas ayat ko tu..

Salhatul Asma Ruslan said...

CINTA~~~heh

mensengihkan org kalau bicara soal ni..


sebelum bicara soal cinta laki perempuan atau kahwin,khatamkan tarbiyyatul aulad~~bagi melahirkan generasi(jiil) atau aulad(anak2) yang soleh dari ibu bapanya yg soleh~~~~kahwin jemput ye fiza,tk lame lg tu,,,(^^,)forum pun dah pg...(^^,)/yay!!